Permata Hati Ayah Bonda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Saya dah jadi bini orang! Alhamdulillah sekejab je masa berlalu..Doakan kami bahagia till Jannah. Aminnn...
12/10/13

Throwback : Langkawi Pulau Cinta


Holla Semua !!

Iyue sekarang tengah bercuti ehsan daripada MC yang doktor bagi. Ini bukan MC yang ada nilai tersendiri tu tapi ini MC ORI sebab sakit yang tidak di undang. Sakit apa tidak perlu di perbesarkan lah sebab tajuk entry bukan sebab sakit pun. hehehe..

Perkataan 'throwback' ni pun pengaruh daripada kenalan di Instagram. Jadi Iyue mendapatkan idea untuk tulis taip entry tajuk sebegini. Korang pernah berhoneymoon tak? Honeymoon ni sesuai utk oramg yang berkahwin je kan. Lebih sesuai utk orang yang BARU berkahwin. Tapi masa sekolah dolu-dolu ada juga guna perkataan ni. Ye la masa cuti sekolah hujung tahun tu. Masa tu la budak - budak berhoneymoon sakan. Mak Ayah pun join sama. Hehehe.. Tanpa membuang masa, kita straight to the point je lah... :)

Lepas kenduri sebelah rumah Iyue empat bulan yang lalu, Iyue dan husben pergi honeymoon di Langkawi. Husben yang cadangkan pergi sana memandangkan Taiping dengan Kedah tu tidak jauh mana pun. Tapi seingat Iyue, kami naik feri dari Jeti Kuala Perlis. Entah la, ingat-ingat lupa padahal buta geografi. huhuhu..



Masa pergi tu memang rasa tidak sedap hati sangat sebab hujan, lepas tu angin tiup kencang. Bila kami sudah sampai di jeti tu, Iyue tengok air laut bergelora sangat. Masa tu fikir macam-macam dan rasa nak balik saja. Memandangkan semua sudah di tempah dan sudah di bayar, iyue diam-diamkan sahaja. Tak nak beritahu husben hal ni sebab bila iyue takut, dia pun akan jadi takut. hehe..Nampak tak permainan dia di situ.



Akhirnya alhamdulillah semuanya selamat sampai di destinasi yang di tuju. Agak terkejut juga lah sebabnya dalam ramai-ramai umat yang datang tu, semua berinai di kaki & tangan. Biar betul dalam satu masa orang baru berkahwin pergi berhoneymoon di tempat yang sama. Langkawi ni boleh di katakan Pulau Cinta la..:)







Jujur dan terus menerang iyue katakan kami tidak jalan mana sangat sebab kami masing-masing buta geografi dan kami akan berjalan ikut waze sahaja. Lagipun time tu cuaca macam buat perangai sikit, jadi kami jalan-jalan di kawasan Resort sahaja dengan Dataran Lang. Jalan-jalan, snap gambar sikit, beli barang cenderhati utk kedua bellah keluarga, dan balik. Simple kan. hehehe. Sebenarnya save bajet utk second honeymoon. kui3



Masa ni angin dah bertiup bagai nak rak dah. Itu menandakan kami kena beransur pergi. Tapi kami masih buat biasa slamber badak sebab gambar perlu di abadikan utk anak cucu cicit cuit nanti. kui :)




Nampak tak minah senget tu? Gigih benar beliau panjat atas tu semata-mata mau bunuh diri ( sebab mintak kat husben kereta Swift tak dapat-dapat ) haha.. Gurau je. :P Tapi masa ni malu gila sebab ramai penonton di bawah menyaksikan aksi ini. Kenkonon retis la nak wat persembahan. Hahaha :D Ok lah, ini sahaja entry untuk kali ini. Nanti iyue bw blog korang k. Kybe!






Senyum Sokmo : Macam Domo ^^