Permata Hati Ayah Bonda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Saya dah jadi bini orang! Alhamdulillah sekejab je masa berlalu..Doakan kami bahagia till Jannah. Aminnn...
12/10/13

Sebenarnya saya isteri dia! | I'm Yours

Hai Bloggers!!


Yes, ramai yang bosan tgk blog bersawang lalang bagai nak haktuih ni. Hehe. Maaf la sesangat- sangat sebab iyue busy sejak dua menjak ni. Awal tahu iyue dah pindah dan bertapak di Selangor, cari kerja yang tidak seberapa hebat mana pun, janji halal! First rumah sewa dulu serba lengkap dan ok sesangat, btw rumah tu kena rompak, so banyak jugak la barang iyue yang hilang , terutamanya Laptop kesayangan, tu yang tak berblog lama dah. Hmmm .. tidak mengapalah itu bukan rezeki iyue pun. 

Cik abg kata tak apa, terima qada' dan qadar. Selamat ada dia, selalu bagi semangat!
Tapi dalam hati, berharap sangat kalau dapat yang baru. InsyaAllah.

Ok habis bab sebab musabab kenapa iyue dah lama tidak berblog, so sekarang iyue nak cerita berkenaan dengan tajuk kita hari ini. Wah macam cikgu dah aku ni. Ok bajet cikgu sgt! -.-


Berbalik kepada topik asal, sebenarnya iyue dah berkahwin awal bulan JUN 2013. Majlis ni dari A to Z iyue uruskan sendiri.Lagipun iyue ni anak sulung, dan dah mintak izin mak abah nak setelkan sendiri hal kawin macam tempah bagai. Pelamin, baju, hantaran, kek, doorgift semua iyue yang uruskan ( Encik Husben tolong jugak ). 

Nak senangkan mak abah ( bukan utk ketepikan Mak Abah iyue). Mak abah just bagi restu dan keizinan, dan yang paling penting 'salam terima duit', sudah. Hehehe. Kalau nak diceritakan memang xsiap sempai ke esok la gamaknya. Jadi Majlis kami berlangsung 8 Jun 2013 sebulan lepas harijadi Encik Husben 8 Mei , dan akad nikah pada belah pagi, dan kenduri pada belah tengahari. 




             Nak dipendekkan cerita, sebenarnya saya dah jadi isteri dia! Alhamdulillah. :)
Nak khawen ni bukan senang tau, serius iyue cakap. Bukan apa, bukan senang nak uruskan semua hal la. Dari yang remeh sampai la temeh.. Bakal pengantin take note ye.hehe



Bersama adik yang ke -2. Ok, masa ni akak lagi cantik dari ko. Jangan senyum kemut sangat ok. hahaha





Bersama boyfriend lama. Eh! Iyue tak tipu. hehehe . Ni adik bawah iyue, kacak bergaya kan. kui3




Adik - beradik yang awesome!! Tak boleh jumpa, kalau jumpa mak kata macam 40 orang ramainya. Kami suka ketawa , ketawa dan ketawa lepas tu dah penat tidur je.hahaha




Make up yang tebal berapa inci tak pasti telah menukarkan muka iyue kepada 80% berbeza daripada muka yang asal. Agak-agak macam Zilla Bakarin x? Comel kan!  huhuhu




Bukan kes syok sendiri, dah orang sua kamera kat muka, senyum je la. heeee




Credit to : Wan Ting my best partner and best friend masa di Universiti dulu. Nak tengok tuan badan yang jadi camerawoman, sila lihat di bawah...



Ini dialah amoi tu. Sanggup datang dari KL semata-mata nak lihat sendiri cara orang melayu buat majlis perkahwinan macamana. Dia dah pesan, ' u jangan make up tebal sgt mcm badut k' ahahaha. Mak iyue pun suka kat dia sebab dia memang baik.hee. Nak wat menantu ke mak? :)


p/s : Sekarang dah masuk 4bulan iyue sebagai iS3 dia. Tapi baru nak update blog, entah apa-apakan.hee.. Okbye! laju-laju ..:)











Senyum Sokmo : Macam Domo ^^