Permata Hati Ayah Bonda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Saya dah jadi bini orang! Alhamdulillah sekejab je masa berlalu..Doakan kami bahagia till Jannah. Aminnn...
12/10/13

Raya xsah kalau xbergambar ^^



1 Syawal bermulalah hari kemenangan kepada semua umat islam setelah berpuasa selama sebulan. Harini raya ok la, tp ada perasaan sedey sikit. Tahun nie beraya tanpa cuzen aku iaitu anak kepada akk mama aku. So pagi2 lagi lepas semayang raya, aku dgn family follow pak sedara aku utk pegi kekubur. Dalam sejarah, hari ini lah kali pertama aku pergi kubur. Memang ramai sangat orang time pagi td. Setelah kubur arwah dikenalpasti, terus mengalir air mata nie. Walaupun hanya cuzen, tp aku dah anggap dia mcm adik aku sendiri. Arwah memang seorang yg baik, peramah, dan hormat orang tua. So, ramailah yg sayang akan arwah.

Lepas balik dari pusara arwah, kami sekeluarga pergi kerumah paksedara aku td, beraya.. memang lain suasananya. Sunyi, hanya bunyi suara daripada tv saja. Em, amat terasa kekurangan seseorang dalam hidup kami. Lepas tu, aku dan family balik beraya di Bagan Serai. Rumah belah ayah aku. Utk buat adik2 aku happy, n xmau sedey2 lagi, aku pun ajaklah diorang bergambar. Bergambar tu mmg feveret kami adik beradik tau..hehe.. Zassssss !!


Dengan mama tercinta..Love my mum ^^

wiff my beloved sis ^^

Dekat rumah nenek di kampung.



 

Wiff my beloved bro ^^









Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Kenapa Kalau cakap orang melaka je mesti org suka...?


 Persoalan nie timbul apabila staf-staf ditempat kerja aku tanya aku 'kampung kamu dimana?' So aku jawablah di Melaka, Masjid Tanah. Disebabkan memang dah ada dalam minda aku, kalau kata kampung je, mesti Melaka.. Hebat sgtke jd org melaka?? Diorg tny seperti org melaka nie hebat, memandangkan mama aku anak jati orang melaka, jawapan die memang hebat lah!! hehe..

Knp aku suka menyatakan aku orang Melaka??

  • Mr Kacak tinggal di Melaka .. miss him so much ^^
  • Aku lahir di Hospital Kem Terendak Melaka.
  • Adik beradik mama seramai 10 orang di Melaka. So ramailah sedara mara aku (collect wit raya memang best)
  • Aku lebih suka kampung mama daripada kampung ayah di Perak.
  • Kat kampung mama banyakkkk buah-buahan.
  • Kalau balik Melaka makan masa yg lama, so leh layan lagu 'balik kampung'..hehe
Tahun nie might be xbalik Melaka lagilah disebabkan jauh & atuk n nenek pun dah xde..waaaa, nak nages kenangkan sedara mara yg baik-baik kat sana walaupun mulut diorang berbisa ckit.. Fahamlah orang melaka macammana kan..Sekarang, memang rindu sesangat orang melaka, termasuk my love..miss u syg...:(
Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Ucapan Utk Semua.. Salam Eid 2011 ^^





Assalammualaikum semua.. ^^
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & ?? hehe.. kepada semua blogger yg menfollow saya yg xseberapa ini.. Thanks to all yg sudi follow blog kerdil saya ini.. nice to meet u all.. Semoga Aidilfitri yg akan tiba ini memberi kemenangan besar kepada kamu semua selepas bertarung di bulan ramadhan dgn ibadah2 yg dilakukan.. Makan kuih raya tu, beringat sama ye.. diet plsss ...hehe ^^


Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Shooping Ghaye ke??



Arini ayah dengan baik hati mengajak kami ke pasar minggu yang menjadi kesukaan kami adik beradik nak cuci-cuci mata di saat Aidilfitri akan menjelang tak lama lagi.. Seawal pagi mama dah kejutkan kami adik beradik utk ke pasar yang dinamakan pasar minggu Kamunting. Memang banyak pilihan kat pasar tu, dari barang basah (ikan) ke barang kering... memang rambang mata..


( wiff beloved my gif cik shud )

Arini memang lah dikatakan ramai sangat manusia kat pasar tu nak membeli utk persiadaan hari raya nanti, xpun barang2 keperluan dapur utk kegunaan harian. Seawal pagi cuaca dah panas terik, masuk je pasar start dah berhimpit.. sabor je la...bertolak2, orang yg menjual lak xpenat2 menjerit menjaja barangan yg mereka jual. Bulan puasa pun bertenega juga mereka demi mencari sesuap nasik atau wit utk persiapan raya nnt . mana tahu kan ^^


Time ni aku nak g cari tudung raya, harus melalui disini dahulu, fuh...berimpit-rimpit habaq mai.. Macam esok dah nak raya gamaknya. Hadeh.. dah pusing tempat ni 3 kali kot aku ingt. Sebab duk pilih gerai mana jual tudung yang cantik2. Bagi aku sume sama, cume colour yg sesuai x match dgn baju raya aku.. mama pun macam dah malas nak ikut rentak aku, tp die cool sebelum aku wat muka seposen...ahaks ^^

Then lepas berhempas pulas memilih tudung raya ( bukan aku je, adik2 n mama sekali ok ), mama ajak babah pegi econsave lak, nak beli ayam katanya. Aku dah kehausan teramat masa nie.. pastu leh lak nmpak air dalam peti sejuk... kesabaran diperlukan disini yer..huhu..

 

 (muka mintak air jus tembikai..ahaks)

Time ni rehat jab, aku malas nak ikut mama aku g cari ayam.. huhu.. tengah tunggu adik aku g tandas. 5 minit kemudian, kami cari mama kami yang telah ditinggalkan utk membeli ayam utk dimasak buka puasa nanti..tehee.. kalau bukan bulan pose, aku dah cuci mata semua kedai kat econsave nie..huhu..



( seram tgk brader nie potong ayam gune mesin pemotong..huhu )


p/s : Bulan pose kalau bershooping memang best, tambah2 nak dekat raya, tapi yang xtahan kehausan, tu je la...hehe.. mama kata nak shooping lagi, tp kat bandar taiping lak..weeee

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

" Saya Gadis Bertudung "



Assalammualaikum semua ...:))
Masuk hari ini dah 20 hari kita berpuasa dan sambil blogwalking, terUsya satu contest " saya gadis bertudung " oleh cik ika . Mula terfikir, adakah saya gadis bertudung.. Yups, saya gadis bertudung, so boleh join contest nie.heee.. Kalau mengkome nak join, boleh je kecuali LELAKI la, sebab dah mention gadis right??



Saya bangga menjadi gadis bertudung kerana salah satu sebabnya adalah menjadi tuntutan agama kepada semua umat islam di dunia ini (wanita sahaja). Saya dari kecil lagi saya telah sedar dalam bertudung walaupun tidak di dipaksa oleh kedua ibu bapa. Sehingga besar saya masih mempunyai hak untuk bertudung dan masih mengamalkan sifat-sifat kemelayuan walaupun zaman semakin maju.Bertudung pun boleh berfesyen dan melakukan aktiviti lasak apa..Bertudung sudah menjadi amalan saya sejak kecil lagi. Saya bangga menjadi gadis bertudung !!! 
(Bertudung atau tidak, tidak menjadi persoalan, cume hati yg paling penting, adakah dia benar-benar bertudung mematuhi suruhan Allah s.w.t atau hanya utk 'syarat' pemakaian wanita Islam

Finally Alhamdulillah, menang tempat kedua akhirnya.. thanks cik ika ^^


p/s : Aku suka statment yang selalu orang melayu kita perkatakan, perempuan bertudung tidak semestinya baik, dan perempuan tidak bertudung tidak semestinya jahat. Renung-renungkanlah.
Mr Kacak akan 'bahan' aku kalau aku bertundung mengikut fesyen yang pelik2.hehe..

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

" lets play a little game "



Let's start from now !!..

10 things 

  •  day one : 10 things about you
  •  day two : 10 things you love
  •  day three : 10 things you hate
  •  day four : 10 things u wanna say to
  •  day five :  10 wishes
  •  day six : 10 items u can't live without 
  •  day seven : 10 important people
  •  day eight : 10 of your favourite songs
  •  day nine : 10 ways to win your heart
  •  day ten : 10 final words 
~~> Time blogwalking pepagi nie, aku jumpe simple game dari cik sherah comel gitu ^^ try to play this game.. nampak mcm cool je.. lets play guys!!



Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

" Segmen Tempek dan Jelajah Blog "


Waah, semangat pepagi rabu nie (cuti ) dgn terbuka hati menjoin segmen dari temoyo nie..
Sesape yg sudi dan terbuka hati, sudilah kirenye menjoinkan diri dlm segmen ini bersama2..^^


Saya menjoinkan diri saya dalam segmen ini kerana :

1) Utk isi masa lapang dr buang2 je
2) Utk menambah kenalan di dalam Malaysia
3) Utk menjayakan segmen temoyo yg comel ini ^^



Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Dedikasi utk adik aku a.k.a Mat Ryzal..huhu



 Holaaaa.... walaweh...huhu

Lepas lepak2, blogwalking time boring di ofis , aku ternampak tutorial buat doodle..menarik kan, usya sini meh Nanad Hasnan... Lepas percubaan banyak kali, ini lah hasilnye..jangan ketawa besar k..huhu.
.
.
.
.
hasilnya setelah belajar ^^


 From : Yana..cute..thanks adik yana^^

Dedikasi utk adik aku sebab die keje teruk arini, kene wat ubah suai ofis die..huhu..^^ Time ni tgh dgr lagu raya, dalam hati entahla, suka ke , happy ke, sedih ke nak raya nie..huhu...bye!!

p/s: Mr kacak, Adobe photoshop mcm best je waktu nie..software gane nak dapatkan ye..waaaaa..nak photoshop..:((wat masa nie, laptop ezal jd mangsa..huhu




Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Segmen: Saya Nak Doodle Alif Ismail





 Tanpa membuang masa, huhu... saya nak sangat dOOdle dari Alif ni kerana geram sungguh tengok doodle-doodle yang comeeii (macam saya, ahaks-perasaan!!) dari hasil kerja alif. Oleh itu saya nak lah satu doodle yg comel mcm saya ye..(mr.kacak msti termuntah..hehe) sebab selagi saya xdapat, saya akan stress je nih..huhu.. Warna mata doodle yang saya mahukan ialah coklat. tQ, :))

p/s: lens warna biru, orang ingt ori, punye lah nak sgt tgk mata aku. Alahai pakcik-pakcik dan makcik-makcik di sini...huhu^^

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Bersahur itu Barakah


Arini mcm biasa tugas aku pepagi tunggu Uncle News Paper datang hantar surat kabor kat ofis aku. Sungguh banyak paper harini untuk dibaca. Mana tak nye, ari sabtu n ahad punye paper pun ada gak.. Bayangkan sehari 5 surat kabor ( berita harian, sinar harian, news strait times , kosmo dan star) kalau kali dgn 3hari??erkk..
Bile dah baca tu, selak2, aku jumpe satu aritkel di ruang Renungan Hujung Minggu iaitu bertajuk bersahur itu barakah.. (da lama cari artikel mcmnie, akhirnye jumpe jugak)

_____________________________________________________________
Barakah Bersahur 

-Nabi S.A.W bersabda " Makan ketika sahur itu barakah, maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun hanya dengan seteguk air. Kerana Allah Azzawajalla dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur". ( Hadis Riwayat Ahmad. Dinilai Sahih oleh Al-Arnauth)

-Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada kita bahawa " Allah Taala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman. " Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku , maka Aku akan tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku , Aku akan berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku , Aku ampunkannya" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Mula dan melewatkan sahur

-Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur". (Majma' az-Zawa'id, 2/275. no. 2609)

- Waktu disunnahkan memulakan sahur ialah kira-kira tempoh bacaan 50 ayat al-Quran sebelum masuknya waktu subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

- Rasulullah menjelaskan lagi , " Makan dan minumlah kamu sehingga kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan. Dan beliau hanya melaungkan azan setelahterbit fajar (setelah masuknya waktu subuh)". 
( Hadis Riwayat al-Bukhari)

Azan ketika bersahur

- Rasulullah  SAW bersabda, " Apabila salah seorang dari kamu dengar panggilan (azan subuh) sedangkan bekas (minuman) masih ada di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajat darinya (menghabiskan minum)." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Al-Hakim. Dinilai sahih oleh al-Albani).

_________________________________________________________________________________

Oleh itu, janganlah kita tinggalkan begitu sahaja sunnah bersahur ini walaupun hanya dengan kurma kering mahupun seteguk air. Sebaik-baik menu sahur adalah tamar (kurma kering)". (Hadis Riwayat Abu Daud)
Sumber : Akhbar Sinar Harian 13 Ogos 2011

p/s : Da masuk puasa yang ke-15 , aku dan family tetap bersahur walaupun seteguk air milo.hehe... Teringat zaman kuliah dulu, susah sangat nak bangun bersahur sebab radio xberbayar xde secara langsung 
( mama kesayangan aku ) huhu...

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

“SEGMEN : GUA KIDAL KE GUA KANAN KE, GUA PUNYER SUKA LAH!”


Assalammualaikum & Good Morning !! ( dah nak msuk tghari kot )

Macam biasa, bangun pagi je, mesti blogwalking di hari cuti-cuti ini (dah siap mandi sume ok (= )
Masa lapang seperti terisi apabila bw nie daripada membuang masa di katil empuk dan malayan kesejukkan dari kipas..walaweh...huhu.. merepek sudey.. Sebenarnye aku tertarik dgn ajakan paradigma dari seorang blogist/bloggie (hentam je la , adeh) nie...azeelia azman nama diberi (=

______________________________________________________________________


Nak Tahu samada gua kidal ke gua kanan ke, lu layan pantun gua nie..huhu : 

Orang Cina menanam Sena,
Sena ditanam ditepi perigi,
Aku lahir dengan sempurna,
Ada sepasang tangan dan ada sepasang kaki.

Jangan malu hendak bertanya,
Nescaya akan orang akan tunjukkan,
Kalau lu sudah bertanya, 
Mestilah gua jawab orang kanan.

Dalam gua ada bahaya,
Usah dibuat tempat bertapa,
Orang kanan pun tidak mengapa,
Janji cukup sifat dari tak de apa-apa. (maksudnye cacat)

Orang kidal pun aku tetap berbangga,
Diorang istemewa dan popular sekali,
Aku tak tipu dan aku tak buat cerita,
Aku ada sorang kawan kidal namanya leli.

- Dapat idea nak berpantun sebab aku suka berpantun..teheee...


p/s : demam pun still blogwalking n join segmen.. semangat itu penting!! hehe..


Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah






Assalammualaikum....

Buka blog je, bile nak follow kawan terlihat la segmen promosi nie.. Macam menarik kan :) Tanpa membuang masa, aku terus join blog nie dan tanpa paksaan sesape pun ( rela hati le tu ) hehe..
Mengkome semua pun leh join segmen nie just klik segmen promosi... lalala =)

Nama diberi  : Nurul Hidayu Binti Ahmad

Hobi : Tengok movie bersama yang tersayang ^^

Oleh itu, aku dengan rela hati nak tag  cik azira nadia a.k.a junior di unibersiti aku dlu :))

p/s : isi masa lapang dengan blogwalking..^^



Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Followerku yg ke - 100


Sebelum kita semua berbuka puasa, aku nak wat entry nie... ^^
Alhamdulillah, follower aku dah bertambah...tahniah kepada follower aku yg ke - 100 nie, 5bulan 3minggu 3hari tunggu akhinya berjaya juga.. sebelum2 nie xsempat nak blogging sbb bz dgn last sem....:))

Tahniah kepada pemenang yg ke-100,
jom kite usya, sape la die ye..hehe





p/s : Hadiah kepada follower nie tunggu saya belanja raya ke-3 nanti k..hehe, berblogging hanya hobi masa lapang aje...^^

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

" segmen pengalaman beraya di kampung "





Assalammualaikum....
Dalam keadaan yang kurang sihat, saya menyertaikan diri saya di segmen awak nie :))
Macam berminat je, xpelah, aku try..hehe.. sesiapa yg nak try mcm aku, zoom ke cik hira nie...hehe

Hari raya adalah hari yang dinanti-nantikan oleh aku dan adik-adik..dari kecik sampai lah ke besar nie.. Nak dikatakan pengalaman memang cukup banyak. Pahit, manis, masam masin sume adalah.. Tapi nak dipilih cerita pengalaman beraya dikampung, yang bestnye balik kampung belah mak iaitu di Masjid Tanah , Melaka.. Kenapa aku kata best? sebab ramai sepupu sepapat, sedara mara ramai sangat belah mak aku nie.. Adik beradik mak aku nie adalah 15 orang, tapi yang hidup tinggal 10 orang.. Bayangkan malam raya tu bagaimana suasana dah reramai begini.. Fuh, best tol !!.. Sampai tido kat serambi pun ada.. Mulalah nenek & atuk aku pening dgn karenah cucu cicit...

Malam raya memang best, main bunga api, mercun (dulu-dulu je ). Keesokkan lak, dah start raya. Satu masalah sekarang adalah nak mandi pagi raya, beratur depan bilik air nenek, mak sedara, pak sedara lagi nak mandi, huhu..Kalau budak-budak tak kisah, boleh mandi reramai, ni org dewasa, tak kan kot kan?? hehe... Dah semua sepupu sepapat mandi, macam2 ragam memperagakan baju baru mereka..walaweh..mcm2 fesyen..hehe.. Dah siap sume, kitorang tunggu di darat (maksud dia, tunggu kat kawasan lapang depan rumah nenek ) pastu apa lagi, g beraya lah..siap ada peta lagi, rumah mana nak tuju dulu.hehe..memang best giler, makcik-makcik tu leh temuramah lagi kitorang, awak anak sapa, yang kecik nie anak sape, mana anak dak Nol. mana anak dak Besar. Biasalah dah reramai gini, macammana nak kenal, balik kampung pun time raya je..  

Bile dah pegi 4 5 buah rumah, kitorang pun balik ke rumah nenek sebab sume dah kekenyang, sampai yang ada nak buang air besar pun ada..huhu.. sambung esok pulak beraya, sebab kawasan rumah nenek ramai penduduk tambah lagi kawasan perumahan sebelah tanah nenek. Lepas habis beraya je, mesti kitorang kira duit raya, best tol. Ini lah kenangan yang paling aku tak lupakan, asal turn balik kampung mak je, mesti dah ada mcm2 plan. Tapi sekarang tak lagi, bila atuk dan nenek tak de, dah 8 tahun kami tak balik kampung belah mak.. sayu hati nie, rindu sepupu sepapat, ermm..agaknya bile lah kenangan macam nie berulang kembali kan, sepupu dah besar-besar, dah kawen pun ada.. Semoga Allah buka pintu hati ayah utk balik ke kampung mak.. Amin.

p/s : xboleh dengar lagu raya, sayu je kenangan masa dulu beraya di kampung mak, Masjid Tanah, Melaka dan kenangkan hal yang terjadi pada raya haji tahun lepas..erm...

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Bersama Adik-adik praktikal....

Assalammualaikum kawan2 blogger...:)

Selama aku praktikal kat MPT nie, aku ada kawan... boleh la tahan dari xde kan..hehe.. tapi aku paling tua la, tua pun 3 tahun je dari mereka...hehe... Macam2 lah ada, happy, sedey, mcm2 ada... biasalah, manusia biasa...tehee.... :P Jom tengok pic2 kitorang, kitorang mmg gile bergambo...hehe... layan.....




p/s: Dalam Hati, bilelah nak habis praktikal nie...haih :((
Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

SEGMEN 'saya nak header free !'

 

Bismillahirahmanirahim.......
Assalammualaikum, malam nie dgn mata yg berat (malam masih muda, tp aku esok keje, hehe ) aku menyertai segmen 'saya nak headre free by yana kitkat'... dalam keadaan mengantuk, aku join je segmen nie, sbb aku masih baru dlm dunia blogger ( maksud aku dlm menyertai segmen2 gini, xsalahkan kalau nak mencuba nasib? ^^ )

Sis menjawab ye adik yana =) : saya nak header dari yana kerana adik yana memang berbakat dalam membuat header yg cute-cute mcm empunya blog. Lagipun, sis punye header terlalu formal dan utk pengetahuan adik yana, sis resah je sebab nak cari org yg ajar buat header mcm adik yana nie, tp masa terlalu padat dgn keje, but still nak berblog dan nak mempunyai header yg sejuk mata memandang. Apalah salahnye sis menerima hasilan kreatif sentuhan jari jemari adik yana kan... :) Ayat bukan membodek, tapi talent adik yana xsemua org ada...

P/s : kali pertama baca blog adik yana ttg segmen nie bukan lah nampak riak, xterpikir dan terlintas langsung dalam kepala, think positive & smile always......:)) xsalahkan kite berfikiran +ve sesama kita?? :)



Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Juadah yg Seringkali fofuler di Bulan Ramadhan...

Air tebu feveret aku...tp jaga2 kalau beli, ada yg masam... 


Ayam percik tu feveret gak...perghhhh...sedap...

 Yang ni Roti John , special sikit sebab aku akan makan Roti ni time kat Universiti dlu..best ^^


Bubur lambuk, yg nie xbrapa nak minat, tp fofular gak time bulan2 pose nie...


Kurma is the best thing for me, sedap...mcmana ntah bulan ni mcm suke je mkn kurma..hehe
p/s : Jangan terliur k, bulan pose nie...hehe, selamat berpuasa dan jgnlah amalkan pembaziran, bulan ni lah nak save bajet...hehe..Chan Chin Chau ^^


Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Shooting di Taman Tasik



Wah, dengar tajuk macam artis lak..hehe...
ok, nak di pendekkan cerita, aku praktikal di bahagian PRO iaitu di Majlis Perbandaran Taiping, so aku dgn geng lain g la Taman Tasek tengok artis shooting utk cerita CINTA TAMPAL yg akan di tayangkan di Astro.. Ramailah pelakon yg ada... Tampa membuang masa, jom usha pic2 yg diambil... ^^ layan, zasssss....









Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Firdaus Life : Seminggu 100 Follower Kembali

Assalammualaikum..^^

 

Wallaweh !! Firstime join segmen-segmen gini di blog..^^
Marilah Join reramai, best gak.. simple je..
Cukup 200 blog tutup ler...
Usha-Usha Meh (:



Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Seram Kot baca sot kabor !

  

                           Hari nie rajin lak aku baca surat kabor kat ofis, selalunye tengok muka depan je.. Sebenarnya ngeri baca surat kabor nie. Yela , nak dibezakan berita yang keluar dari surat kabor 5 tahun lau jauh beza dengan surat kabo sekarang nie. Ngerinye lebih daripada tengok cerita hantu. Mula2 dengan mukadimah, tentang kes bunuh, pastu kes buli & liwat, pastu kes simbah asid yang semakin berleluasa. Wah, kes leh tahan la kan, mana ada dah kes curi beskal, curi periuk nasik, huhu....


                           Ramai yang dah berani wat keje gila dan seram2 nie.. minta lah kita di jauhkan daripada syaitan yang bertopengkan manusia. Kalaulah hukum hudud dilaksanakankat negara kita nie, macamnalah orang yang BERANI nie gamaknya yer..  Mak aku cerita, masa zaman tok kaduk dulu mana ada kes2 BERANI nie. Mak aku siap leh g kedai lalu hutan getah pukul 10-11 malam. Ini BERANI lain.. hehe.Tapi rileks je kan. Sekarang kalau buat macam tu jangan lah kan.. Haih, entahlah..manusia2 yang dikuasai oleh 
nafsu beginilah keBERANIAN mereka.. Wallahualam..



p/s : Dah masuk 4 Ramadhan, tapi aku still xrasa macam bulan pose.. nape tah ... :)

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah S.A.W keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa org wanita dlm majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jwb mereka, "Tidak". Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekalian tdk perlu ziarah dan tdk ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kpd suami nescaya pahalanya sama dgn ibadat kaum org lelaki".
2. Wanita yg memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dgn doa keberkatan.
3. Wanita yg menguli tepung gandum dgn "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yg menyapu lantai dgn berzikir akan mendapat pahala spt meyapu lantai di Baitullah.
5. "Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dgn api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi".
6. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg memintal benang, Allah akan mencatatkan utknya perbuatan baik sbyk utas benang yg dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat".
7. "Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg menganyam akan benang dibuatnya, Allah tlh menentukan satu tempat khas utknya di atas tahta di hari akhirat".
8. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg memintal benang dan kemudian dibuat pakaian utk anak²nya maka Allah akan mencatat baginya ganjaran sama spt org yg memberi makan kpd 1000 org lapar dan memberi pakaian kpd 1000 org yg tdk berpakaian".
9. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan utknya pekerjaan baik sbyk helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang² yg memerhatikannya".
10. Sabda Nabi S.A.W yg bermaksud: "Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kpdnya dari sungai² serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman drpd taman² syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim".
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kpd isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yg menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal drpd suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dlm syurga dan menunggu kedatangan suaminya dgn menunggang kuda yg dibuat drpd yakut.
13. Semua org akan dipanggil utk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan dtg sendiri kpd wanita yg memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dgn istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik² perhiasan ialah wanita (isteri) yg solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik² wanita ialah wanita (isteri) yg apabila engkau memandang kpdnya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yg paling aku sukai ialah wanita solehah.

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^




 Meniti hari yang berlalu...  
" Mungkin ada benarnya.. kata orang jika menyintai seseorang , lepaskan dia pergi. Kalau dia kembali, itulah takdir. Kalau tidak, cinta itu tidak pernah wujud."

" Adam dan Hawa  di cipta untuk saling melengkapi. Itu sartu kemestian. Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui siapa jodoh kita? Adakah kita jatuh cinta pada orang yang tepat?Benarkah kita tahu , dia untuk kita melalui rasa dan gerak hati?

Ada juga yang berkata , cinta sejati itu apabila kita berasa sesuatu di dalam hati dan membuat pilihan yang menggunakan akal fikiran. Kalau begitu, kenapa ada yang bercinta tetapi tidak ke jinjang pelamin? Bagaimana pula dengan yang ditakdirkan berpisah selepas kahwin...

Entahla...yang pasti bagiku, cinta sejati itu ibarat mendaki Gunung Everest. Ramai yang bercerita, ramai juga yang mencuba, tetapi tidak semua berjaya sampai ke puncak ."...

p/s : rindu akan dia...walaupun berjauhan, aku tetap tabah...


Senyum Sokmo : Macam Domo ^^