Permata Hati Ayah Bonda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Saya dah jadi bini orang! Alhamdulillah sekejab je masa berlalu..Doakan kami bahagia till Jannah. Aminnn...
12/10/13

" segmen pengalaman beraya di kampung "





Assalammualaikum....
Dalam keadaan yang kurang sihat, saya menyertaikan diri saya di segmen awak nie :))
Macam berminat je, xpelah, aku try..hehe.. sesiapa yg nak try mcm aku, zoom ke cik hira nie...hehe

Hari raya adalah hari yang dinanti-nantikan oleh aku dan adik-adik..dari kecik sampai lah ke besar nie.. Nak dikatakan pengalaman memang cukup banyak. Pahit, manis, masam masin sume adalah.. Tapi nak dipilih cerita pengalaman beraya dikampung, yang bestnye balik kampung belah mak iaitu di Masjid Tanah , Melaka.. Kenapa aku kata best? sebab ramai sepupu sepapat, sedara mara ramai sangat belah mak aku nie.. Adik beradik mak aku nie adalah 15 orang, tapi yang hidup tinggal 10 orang.. Bayangkan malam raya tu bagaimana suasana dah reramai begini.. Fuh, best tol !!.. Sampai tido kat serambi pun ada.. Mulalah nenek & atuk aku pening dgn karenah cucu cicit...

Malam raya memang best, main bunga api, mercun (dulu-dulu je ). Keesokkan lak, dah start raya. Satu masalah sekarang adalah nak mandi pagi raya, beratur depan bilik air nenek, mak sedara, pak sedara lagi nak mandi, huhu..Kalau budak-budak tak kisah, boleh mandi reramai, ni org dewasa, tak kan kot kan?? hehe... Dah semua sepupu sepapat mandi, macam2 ragam memperagakan baju baru mereka..walaweh..mcm2 fesyen..hehe.. Dah siap sume, kitorang tunggu di darat (maksud dia, tunggu kat kawasan lapang depan rumah nenek ) pastu apa lagi, g beraya lah..siap ada peta lagi, rumah mana nak tuju dulu.hehe..memang best giler, makcik-makcik tu leh temuramah lagi kitorang, awak anak sapa, yang kecik nie anak sape, mana anak dak Nol. mana anak dak Besar. Biasalah dah reramai gini, macammana nak kenal, balik kampung pun time raya je..  

Bile dah pegi 4 5 buah rumah, kitorang pun balik ke rumah nenek sebab sume dah kekenyang, sampai yang ada nak buang air besar pun ada..huhu.. sambung esok pulak beraya, sebab kawasan rumah nenek ramai penduduk tambah lagi kawasan perumahan sebelah tanah nenek. Lepas habis beraya je, mesti kitorang kira duit raya, best tol. Ini lah kenangan yang paling aku tak lupakan, asal turn balik kampung mak je, mesti dah ada mcm2 plan. Tapi sekarang tak lagi, bila atuk dan nenek tak de, dah 8 tahun kami tak balik kampung belah mak.. sayu hati nie, rindu sepupu sepapat, ermm..agaknya bile lah kenangan macam nie berulang kembali kan, sepupu dah besar-besar, dah kawen pun ada.. Semoga Allah buka pintu hati ayah utk balik ke kampung mak.. Amin.

p/s : xboleh dengar lagu raya, sayu je kenangan masa dulu beraya di kampung mak, Masjid Tanah, Melaka dan kenangkan hal yang terjadi pada raya haji tahun lepas..erm...

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

10 comments:

  1. thanks for joining! :D

    zaman kanak-kanak memang best la awak! :D sangat meriah. lagi-lagi masa berkumpul pagi raya. hehe. malam raya sangat bising. tak suka sangat. huhu.

    kutup duit raya adalah aktiviti wajib sewaktu beraya :D tapi yang tak menahannya, siap ada peta tu. haha. comel betul~

    al-fatihah buat awak sekeluarga. insya Allah hati ayah awak akan terbuka. aminnn~ :)

    ReplyDelete
  2. ur welcome....

    thanks ^^
    xsabar tggu keputusan n apa hadiahnye..hehe

    ReplyDelete
  3. akak, senarai dah keluar! hehe :D sila terjah mereka ye :)

    http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/senarai-peserta-segmen-pengalaman.html

    ReplyDelete
  4. erk, awak ni sebenarnya segmen bukan contest. hehe :D

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan daripada Kancil

    nie wat kancil risau terjah blog orang yang garang nie...tapi cute...hehehe...apapun memang seronok kalau kita ingat balik kenangan raya kita...oleh itu, kita buat yang baik dan menarik pada tahun ini supaya kita boleh kenang lagi...

    jomlah singgah ke blog Kancil

    ReplyDelete
  6. hira : yeke, hee..xplh..akk xkisah segmen ke contest.. blogwalking just to fun.. thanks ye dik ^^

    kancil : insyaAllah kalau ada masa..^^

    ReplyDelete
  7. salam cik iyue...

    singgah & follow dr segmen cik Hira,
    kalau sudi jemput singgah ke blog saya...

    http://ciksufarida.blogspot.com/2011/08/segmen-pengalaman-beraya-di-kampung.html

    ReplyDelete
  8. hai hai. yana baru sempat terjah sini thru segmen yg sama.

    part beratur ramai2 tu memang ye pon. biasanya kat kampung yana, budak kecik ah mandi dulu. yg dewasa memang mandi last sekali. :P

    jemput dtg my blog. :)

    http://lurvemycadbury.blogspot.com/2011/08/segmen-pengalaman-beraya-di-kampung.html

    ReplyDelete
  9. green apple : insyaAllah, thanks k.. :))


    diana : aah, mmg mcmtu pun selalu, bergaduh pun ada..huhu

    ReplyDelete
  10. rajinkan diri untuk tengok ni :)


    http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/peserta-segmen-kena-tekan-sini.html

    ReplyDelete

apa nak nak dikata tue^^
cakap bebaik ye, nnt mama kita marah..hehe
tQ a lot .. nice to be your friend^^