Permata Hati Ayah Bonda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Saya dah jadi bini orang! Alhamdulillah sekejab je masa berlalu..Doakan kami bahagia till Jannah. Aminnn...
12/10/13

Bersahur itu Barakah


Arini mcm biasa tugas aku pepagi tunggu Uncle News Paper datang hantar surat kabor kat ofis aku. Sungguh banyak paper harini untuk dibaca. Mana tak nye, ari sabtu n ahad punye paper pun ada gak.. Bayangkan sehari 5 surat kabor ( berita harian, sinar harian, news strait times , kosmo dan star) kalau kali dgn 3hari??erkk..
Bile dah baca tu, selak2, aku jumpe satu aritkel di ruang Renungan Hujung Minggu iaitu bertajuk bersahur itu barakah.. (da lama cari artikel mcmnie, akhirnye jumpe jugak)

_____________________________________________________________
Barakah Bersahur 

-Nabi S.A.W bersabda " Makan ketika sahur itu barakah, maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun hanya dengan seteguk air. Kerana Allah Azzawajalla dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur". ( Hadis Riwayat Ahmad. Dinilai Sahih oleh Al-Arnauth)

-Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada kita bahawa " Allah Taala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman. " Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku , maka Aku akan tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku , Aku akan berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku , Aku ampunkannya" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Mula dan melewatkan sahur

-Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur". (Majma' az-Zawa'id, 2/275. no. 2609)

- Waktu disunnahkan memulakan sahur ialah kira-kira tempoh bacaan 50 ayat al-Quran sebelum masuknya waktu subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

- Rasulullah menjelaskan lagi , " Makan dan minumlah kamu sehingga kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan. Dan beliau hanya melaungkan azan setelahterbit fajar (setelah masuknya waktu subuh)". 
( Hadis Riwayat al-Bukhari)

Azan ketika bersahur

- Rasulullah  SAW bersabda, " Apabila salah seorang dari kamu dengar panggilan (azan subuh) sedangkan bekas (minuman) masih ada di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajat darinya (menghabiskan minum)." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Al-Hakim. Dinilai sahih oleh al-Albani).

_________________________________________________________________________________

Oleh itu, janganlah kita tinggalkan begitu sahaja sunnah bersahur ini walaupun hanya dengan kurma kering mahupun seteguk air. Sebaik-baik menu sahur adalah tamar (kurma kering)". (Hadis Riwayat Abu Daud)
Sumber : Akhbar Sinar Harian 13 Ogos 2011

p/s : Da masuk puasa yang ke-15 , aku dan family tetap bersahur walaupun seteguk air milo.hehe... Teringat zaman kuliah dulu, susah sangat nak bangun bersahur sebab radio xberbayar xde secara langsung 
( mama kesayangan aku ) huhu...

Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

3 comments:

  1. selama blh posa neh, tak penah miss lagi sahur.haha.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ^^..
    klu miss tu tau la sbb apa..tehee

    ReplyDelete
  3. wahhhh..info yg brgune:)
    tq!!..
    aku slalu sahur..sbb aku xtdo..keje byk ..law tdo..xsiapla keje ty:P..
    tpy aku bwu taw..law kte nk minum..tpy da azan..kte still bleyh minum..:)
    so kte da taw kn..Isalam xmmbebankn umatnye:)
    hoyeiiiii!

    subhanallah:)

    ReplyDelete

apa nak nak dikata tue^^
cakap bebaik ye, nnt mama kita marah..hehe
tQ a lot .. nice to be your friend^^