Permata Hati Ayah Bonda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Saya dah jadi bini orang! Alhamdulillah sekejab je masa berlalu..Doakan kami bahagia till Jannah. Aminnn...
12/10/13

Throwback : Langkawi Pulau Cinta


Holla Semua !!

Iyue sekarang tengah bercuti ehsan daripada MC yang doktor bagi. Ini bukan MC yang ada nilai tersendiri tu tapi ini MC ORI sebab sakit yang tidak di undang. Sakit apa tidak perlu di perbesarkan lah sebab tajuk entry bukan sebab sakit pun. hehehe..

Perkataan 'throwback' ni pun pengaruh daripada kenalan di Instagram. Jadi Iyue mendapatkan idea untuk tulis taip entry tajuk sebegini. Korang pernah berhoneymoon tak? Honeymoon ni sesuai utk oramg yang berkahwin je kan. Lebih sesuai utk orang yang BARU berkahwin. Tapi masa sekolah dolu-dolu ada juga guna perkataan ni. Ye la masa cuti sekolah hujung tahun tu. Masa tu la budak - budak berhoneymoon sakan. Mak Ayah pun join sama. Hehehe.. Tanpa membuang masa, kita straight to the point je lah... :)

Lepas kenduri sebelah rumah Iyue empat bulan yang lalu, Iyue dan husben pergi honeymoon di Langkawi. Husben yang cadangkan pergi sana memandangkan Taiping dengan Kedah tu tidak jauh mana pun. Tapi seingat Iyue, kami naik feri dari Jeti Kuala Perlis. Entah la, ingat-ingat lupa padahal buta geografi. huhuhu..



Masa pergi tu memang rasa tidak sedap hati sangat sebab hujan, lepas tu angin tiup kencang. Bila kami sudah sampai di jeti tu, Iyue tengok air laut bergelora sangat. Masa tu fikir macam-macam dan rasa nak balik saja. Memandangkan semua sudah di tempah dan sudah di bayar, iyue diam-diamkan sahaja. Tak nak beritahu husben hal ni sebab bila iyue takut, dia pun akan jadi takut. hehe..Nampak tak permainan dia di situ.



Akhirnya alhamdulillah semuanya selamat sampai di destinasi yang di tuju. Agak terkejut juga lah sebabnya dalam ramai-ramai umat yang datang tu, semua berinai di kaki & tangan. Biar betul dalam satu masa orang baru berkahwin pergi berhoneymoon di tempat yang sama. Langkawi ni boleh di katakan Pulau Cinta la..:)







Jujur dan terus menerang iyue katakan kami tidak jalan mana sangat sebab kami masing-masing buta geografi dan kami akan berjalan ikut waze sahaja. Lagipun time tu cuaca macam buat perangai sikit, jadi kami jalan-jalan di kawasan Resort sahaja dengan Dataran Lang. Jalan-jalan, snap gambar sikit, beli barang cenderhati utk kedua bellah keluarga, dan balik. Simple kan. hehehe. Sebenarnya save bajet utk second honeymoon. kui3



Masa ni angin dah bertiup bagai nak rak dah. Itu menandakan kami kena beransur pergi. Tapi kami masih buat biasa slamber badak sebab gambar perlu di abadikan utk anak cucu cicit cuit nanti. kui :)




Nampak tak minah senget tu? Gigih benar beliau panjat atas tu semata-mata mau bunuh diri ( sebab mintak kat husben kereta Swift tak dapat-dapat ) haha.. Gurau je. :P Tapi masa ni malu gila sebab ramai penonton di bawah menyaksikan aksi ini. Kenkonon retis la nak wat persembahan. Hahaha :D Ok lah, ini sahaja entry untuk kali ini. Nanti iyue bw blog korang k. Kybe!






Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Sebenarnya saya isteri dia! | I'm Yours

Hai Bloggers!!


Yes, ramai yang bosan tgk blog bersawang lalang bagai nak haktuih ni. Hehe. Maaf la sesangat- sangat sebab iyue busy sejak dua menjak ni. Awal tahu iyue dah pindah dan bertapak di Selangor, cari kerja yang tidak seberapa hebat mana pun, janji halal! First rumah sewa dulu serba lengkap dan ok sesangat, btw rumah tu kena rompak, so banyak jugak la barang iyue yang hilang , terutamanya Laptop kesayangan, tu yang tak berblog lama dah. Hmmm .. tidak mengapalah itu bukan rezeki iyue pun. 

Cik abg kata tak apa, terima qada' dan qadar. Selamat ada dia, selalu bagi semangat!
Tapi dalam hati, berharap sangat kalau dapat yang baru. InsyaAllah.

Ok habis bab sebab musabab kenapa iyue dah lama tidak berblog, so sekarang iyue nak cerita berkenaan dengan tajuk kita hari ini. Wah macam cikgu dah aku ni. Ok bajet cikgu sgt! -.-


Berbalik kepada topik asal, sebenarnya iyue dah berkahwin awal bulan JUN 2013. Majlis ni dari A to Z iyue uruskan sendiri.Lagipun iyue ni anak sulung, dan dah mintak izin mak abah nak setelkan sendiri hal kawin macam tempah bagai. Pelamin, baju, hantaran, kek, doorgift semua iyue yang uruskan ( Encik Husben tolong jugak ). 

Nak senangkan mak abah ( bukan utk ketepikan Mak Abah iyue). Mak abah just bagi restu dan keizinan, dan yang paling penting 'salam terima duit', sudah. Hehehe. Kalau nak diceritakan memang xsiap sempai ke esok la gamaknya. Jadi Majlis kami berlangsung 8 Jun 2013 sebulan lepas harijadi Encik Husben 8 Mei , dan akad nikah pada belah pagi, dan kenduri pada belah tengahari. 




             Nak dipendekkan cerita, sebenarnya saya dah jadi isteri dia! Alhamdulillah. :)
Nak khawen ni bukan senang tau, serius iyue cakap. Bukan apa, bukan senang nak uruskan semua hal la. Dari yang remeh sampai la temeh.. Bakal pengantin take note ye.hehe



Bersama adik yang ke -2. Ok, masa ni akak lagi cantik dari ko. Jangan senyum kemut sangat ok. hahaha





Bersama boyfriend lama. Eh! Iyue tak tipu. hehehe . Ni adik bawah iyue, kacak bergaya kan. kui3




Adik - beradik yang awesome!! Tak boleh jumpa, kalau jumpa mak kata macam 40 orang ramainya. Kami suka ketawa , ketawa dan ketawa lepas tu dah penat tidur je.hahaha




Make up yang tebal berapa inci tak pasti telah menukarkan muka iyue kepada 80% berbeza daripada muka yang asal. Agak-agak macam Zilla Bakarin x? Comel kan!  huhuhu




Bukan kes syok sendiri, dah orang sua kamera kat muka, senyum je la. heeee




Credit to : Wan Ting my best partner and best friend masa di Universiti dulu. Nak tengok tuan badan yang jadi camerawoman, sila lihat di bawah...



Ini dialah amoi tu. Sanggup datang dari KL semata-mata nak lihat sendiri cara orang melayu buat majlis perkahwinan macamana. Dia dah pesan, ' u jangan make up tebal sgt mcm badut k' ahahaha. Mak iyue pun suka kat dia sebab dia memang baik.hee. Nak wat menantu ke mak? :)


p/s : Sekarang dah masuk 4bulan iyue sebagai iS3 dia. Tapi baru nak update blog, entah apa-apakan.hee.. Okbye! laju-laju ..:)











Senyum Sokmo : Macam Domo ^^

Tak Raya Tapi Tak Apa lorh

Heloooooo semua... =)


Lama dah cik ayu xberbelog kan ... sori la kalau ada sesiapa yang tunggu ceritera dari ayu. Ayu sekarang nie memang bzy sesangat sampai raya pun memang xraya.. sedey kan. Tahun ni la firstime xraya.Tension tu memang ada, tapi dah tanggungjawab kan. Apa boleh buat kan.. wajibulghunnah...heee :)

Tahu makna tajuk entry nie?? isk3, meh ayu nak cerita. Sebenarnye ayu memang dapat cuti raya tapi raya kedua la. Atas disebabkan ada satu kes nie ayu terpaksa postpone cuti ayu pada 23hb Ogos. Nak tau sebab apa???sebab ayu nak bertunang da.. heehee.. Alhamdulillah berkat doa pada bulan ramadhan ritu. Alhamdulillah hati mak dah lembut sikit..:))

Nak tunang ni bukan perkara mudah tau, itu baru tunang. Macam-macam benda nak kena buat sebelum majlis nie, siyes... pening oooo... Ayu dah la sibuk dengan kerja lagi, dengan perangai bos yang susah nak bagi cuti lagi, dengan hantaran lagi. Siyes hantaran ayu buat sendiri tau. Ayu beli manisan kat kedai kek, then ayu buat hiasan kat kotak tu. Lagi murah tau wat sendiri.. pastu serabut dengan masalah kerja lagi.
Machem machem...hehe

Ayu tunang buat dekat kampung mak ayu di Masjid Tanah Melaka. Kalau wat kat kampung memang best, xde orang lain tolong, cuma sedara kita yang tolong. Best sangat-sangat. Adik beradik mak ada 10, campur sepupu, dua pupu, tiga pupu dah berapa kan..hehe.. ( pupu2 kecik , diorang panggil ayu, maklong ok ) hehe.
Alhamdulillah semua dah setel, syukur pada Allah sebab merestui rancangan kami.. Alhamdulillah.



 Peace sebelum sarung itu cincin...hehe


Ehem-ehem berdebar kot =)


Tunggu sidia lampat...


Perbincangan bermula.


Salam bakal mak mertua :)


Antara tetamu yang hadir ( yg ramai adik berdaik mak je ..hehe)


Biru utk lelaki, pink utk saya.... :)


Borak-borak jab :)


First step dah selesai, alhamdulillah :D

Nota : Mista Kacak VS Encik Tunang, Mana lagi best??hehe :D




Senyum Sokmo : Macam Domo ^^